PELAJAR SEKOLAH

Kelayakan penilaian bahasa inggeris Cambridge adalah direka untuk pelajar yang bersekolah. Ia disediai dengan asas yang kuat dan membantu anak kecil dan remaja meningkatkan keyakinan dan memperbaiki kemahiran bahasa inggeris.

Khusus bagi anak kecil yang berumur 4 hingga 6 tahun, Program “Pre-Starters” akan mengajar mereka untuk memahami bahasa inggeris melalui saluran internet, buku-buku, lagu, program televisyen dan filem dalam bahasa inggeris. Dengan itu, mereka dapat bergaul dan membuat lebih ramai kenalan semasa mereka berlatih bahasa inggeris pada setiap hari.

Durasi: 40 minggu (10 minggu per semesta)

“Pre A1 Starters” adalah tahap pelajaran yang pertama dari tahap tiga untuk “Cambridge English Qualifications yang direka untuk pelajar sekolah rendah berumur tujuh dan lapan tahun. Bertujuan untuk menyediakan permulaan yang baik untuk anak kecil dalam pelajaran bahasa inggeris. Anak kecil akan terdedah dalam memahami asas bahasa inggeris dari saluran internet, buku-buku, lagu, televisyen dan filem melalui latihan pendengaran, pembacaan, penulisan, dan percakapan.

Durasi: 40 minggu (10 minggu per semesta)

“A1 Movers” adalah tahap kedua untuk “Cambridge English Qualifications”, yang direka untuk pelajar muda. “A1 Movers” boleh membantu anak anda untuk memahami panduan asas, notis atau infomasi dan mengambil bahagian dalam perbualan. Selain itu, ia juga membantu anak anda untuk melengkapkan panduan asas bentuk dan penulisan, termasuk masa, tarikh dan tempat.

Durasi: 40 minggu (10 minggu per semesta)

Sebagaimanapun kursus peringkat ketiga dan tahap terakhir untuk “Cambridge English Qualifications”, “A2 Flyers” membolehkan anak anda untuk memahami bahasa inggeris, penulisan bahasa inggeris, berkomunikasi, belajar tentang asas bahasa inggeris dan memahami penggunaan bahasa inggeris dengan lebih baik dan lancar.

Durasi: 40 minggu (10 minggu per semesta)

“A2 Key / A2 Flyers” adalah kelayakan tahap pertama dalam penilaian bahasa inggeris, selepas kelayakan pelajar baru.

Durasi: 40 minggu (10 minggu per semesta)

“B1 Preliminary” adalah direka untuk melengkapkan pelajar dengan semua keperluan asas dan teknik bahasa inggeris untuk cemerlang di dalam ujian untuk tahap ini. Kursus ini juga sesuai untuk pelajar untuk mengambil ujian peperiksaan PT3.

Durasi: 40 minggu (10 minggu per semesta)

“B2 First” adalah kelayakan yang diiktiraf secara meluas di dalam pendidikan tinggi dan di dunia korporat. Ia juga bertujuan untuk mengasah kemahiran bahasa inggeris, juga untuk penggunaan bahasa inggeris dengan betul, dan ujian diberi untuk yang sepadan dengan tahap ini.

Durasi: 40 minggu (10 minggu per semesta)

“C1 Advanced”, dahulu dikenali sebagai “Cambridge English Advanced (CAE).adalah kelayakan berperingkat tinggi yang menunjukkan anda mempunyai kemahiran penggunaan bahasa inggeris yang di cari oleh majikan juga di universiti.

Persediaan pelajar untuk tahap ini adalah untuk membanti pelajar meningkatkan kemahiran dalam pembelajaran, pekerjaan dan tinggal di negara yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa rasmi.

Durasi: 80 minggu

“C2 Proficiency”, dahulu dikenali sebagai “Cambridge English: Proficiency (CPE), adalah kelayakan yang paling tinggi yang dapat membuktikan anda adalah cekap berbahasa inggeris. Kelayakan ini menunjukkan anda telah menguasai bahasa inggeris di dunia ini ke tahap yang tiada oenghujungnya. Ia juga membuktikan anda boleh berkomunikasi dengan lancar.

Bersiap sedia dan lulus dalam ujian bermakna anda mempunyai tahap bahasa inggeris yang diperlukan dalam pelajaran atau di tempat kerja yang pakar dan profesional atau suasana akademik, juga untuk dicontohi oleh graduan atau program PhD.

Durasi: 80 minggu

Direka untuk mengasah kemahiran bahasa dan meningkatkan keyakinan dalam pelajaran bahaas melalui aktiviti, bengkel kursus cuti kami ini adalah disediakan secara eksklusif untuk anak muda, berumur 5 hingga 16 tahun. Kursus ini menyediakan pelajaran bahasa di mana ia fokus pada pembelajaran “kinesthetic” bukan pelajaran berteori. Oleh itu, para pelajar akan menguasai kemahiran seperti pemikiran yang kritkal, menyelesaikan masalah dan berkerjasama di dalam kumpulan.

Kursus ini adalah fleksibel yang diajar pada cuti sekolah pada bulan November atau Disember setiap tahun.