Kursus B1 Preliminary direka untuk melengkapkan pelajar dengan semua kemahiran dan teknik bahasa yang diperlukan untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan. Modul ini juga menyediakan pelajar untuk peperiksaan awam seperti PT3 di Malaysia. Kursus B1 Preliminary diguna untuk menilai penguasaan asas Bahasa Inggeris pelajar dan untuk memastikan pelajar dilengkapi kemahiran bahasa Inggeris praktikal untuk kegunaan seharian.
Pelajar dengan kelayakan B1 Preliminary seharusnya boleh:
- Membaca buku teks dan artikel mudah dalam Bahasa Inggeris
- Menulis surat dan e-mel
- Memahami fakta
- Menunjukkan kesedaran, memberi pendapat dan memahami mod dalam pertuturan dan penulisan Bahasa Inggeris
Kursus ini dibahagikan kepada dua tahap, B1 Lower dan B1 Upper yang berlangung untuk 80 minggu ( 8 semester) yang bersamaan dengan 240 jam.